Friday 22 August 2014

As Salam kepada semua yang beragama Islam,

22/08/2014 (Jumaat)  merupakan Tarikh Berkabung bagi menghormati ketibaan mangsa-mangsa yang telah terkorban nahas MH17. Tepatnya pada pukul 10.45 a.m , kesemua penduduk yang berada di malaysia tidak kiralah dimana jua kita berada , kita diminta untuk bertakafur selama seminit (Tapi aku hanya sedekahkan Al-Fatihah jer bagi mangsa yang beragama Islam) .  Bagi keluarga mangsa yang terlibat dengan penerbangan MH17 diminta supaya menyambut kepulangan jenazah dengan tenang . Tiada gunanya kita merintih pemergian seseorang itu, kita harus redha dengan ketentuan ilahi , apa yang patut dilakukan ialah perbanyakkan sedekah Al-Fatihah dan berdoa supaya roh mereka tenang disisi Allah s.w.t . Ingatlah yang mati tidak akan kembali lagi dan yang masih hidup harus meneruskan kehidupan dan perbanyakkanlah amalan kebaikkan semoga kita akan bersama-sama menjadi penghuni Jannah yang kekal di sana nanti .In sha Allah . Janji Allah itu pasti.

Bersabarlah..
Doa sentiasa bersamamu
#Mangsa MH17